Monday, December 16, 2019

KEMASUKAN QIRAAT KE NEGARA-NEGARA ISLAM


Cara sahabat mengambil ilmu qiraat dari nabi s.a.w adalah melalui talaqqi dan musyafahah iaitu berhadapan terus dengan guru dengan memerhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru semasa melafazkan ayat-ayat al-Quran.

 Terdapat sahabat yang menerima hanya satu bacaan atau dua bacaan atau tiga bacaan daripada Rasulullah s.a.w.. Namun, ada yang menerima lebih daripada itu. Kemudian, mereka mengajar bacaan yang diterima itu kepada murid-murid mereka.

     Oleh kerana itu, Khalifah Uthman r.a telah menyertakan seorang qari ketika mengirimkan mushaf ke daerah-daerah Islam yang baru. Qiraatnya adalah bersesuaian dengan mushaf yang dikirimkan itu. Utusan yang dikirim itu terdiri daripada sahabt-sahabat yang mahir tentang cara Rasulullah membaca al-Quran.

   Berikut merupakan senarai sahabat yang dihantar oleh Khalifah Uthman ke kota-kota yang telah ditentukan:

  1. Abdullah bin Musayyib                                        -  Makkah al-Mukarramah
  2. Mughirah bin Abi Syihab                                     -  Sham
  3. Amru bin Qais                                                      -  Basrah
  4. Abdurrahman bin Abdullah bin habib As-Sulmi  -  Kufah
  5. Zaid bin Thabit                                                      -  Madinah al-Munawwarah

    Oleh yang demikian, wajarlah timbul perbezaan qiraat pada generasi tabiin dan generasi seterusnya. Hasil didikan daripada generasi tabiin, maka ramailah orang yang berminat dan mengambil berat tentang ilmu qiraat. Mereka bersungguh-sungguh menumpukan perhatian terhadap ilmu qiraat sehingga lahir pakar-pakar qiraat dari generasi ini di beberapa kota besar..

No comments:

Post a Comment