Monday, December 16, 2019

PERKEMBANGAN QIRAAT


 Ilmu Qiraat mula wujud bermula dari turunnya al-Quran ,tetapi bacaan qiraat belum diamalkan kerana bangsa Arab ketika itu belum beriman. Al-Quran juga belum lagi tersebar luas kepada beberapa lahjah atau dialek(loghat) Arab yang lain, selain daripada Lahjah Arab Quraisy .Manakala hadith yang menerangkan tentang bacaan qiraat belum diwahyukan .

     Ilmu ini mulai dikenal pada zaman sahabat Nabi Muhammad SAW dan semakin berkembang pada masa tabiin .Ilmu ini kemudian berkembang menjadi aliran (mazhab) qiraat. Aliran-aliran tersebut memiliki perbezaan dalam banyak hal ,tetapi sudah disatukan dalam harf Quraisy (bahasa Arab dengan dialek Quraisy ) yang telah disepakati secara ijmak pada Mushaf Usmani (Kumpulan lembaran /cacatan Usman Bin Affan ) .Pada peringkat awal perkembangan ilmu qiraat ini ,ia dikenal sebagai tabaqah (kelompok ahli) qiraat dari sahabat Nabi SAW dan tabiin serta kota-kota yang menjadi pusat pertumbuhan dan perkembangan suatu aliran Qiraat .

     Pada permulaan abad pertama Hijrah di masa tabi'in ,muncullah sekumpulan ulama' yang berganding tenaga dan perhatiannya terhadap masalah Qiraat secara sempurna dan menjadikannya sebagai suatu disiplin ilmu yang berdiri sendiri sehingga mereka menjadi imam dan ahli Qiraat yang diikuti dan dipercayai .Antara para Qiraat tersebut adalah Nafi' Bin Abdurrahman ,Abdullah Bin Katsir ,Hamzah, Al-Kisai' dan lain-lain .
     
     Dari masa ke semasa ,ilmu Qiraat semakin maju sejajar dengan ilmu-ilmu lain yang berkembang dalam dunia Islam pada saat itu .Ilmu yang asalnya hanya dipelajari dan diterima dari mulut kemulut mulai dibukukan dan diwariskan kepada generasi yang akan datang .

PERMULAAN PENURUNAN QIRAAT


     Sebagaimana di ketahui bahawa terdapat perbezaan pendapat tentang waktu waktu qiraat diturunkan ,ada mengatakan bahawa  Qiraat pada mulanya diturunkan di Mekah bersamaan dengan turunnya ayat Al-Quran .Ada juga yang mengatakan bahawa asalnya Qiraat diturunkan di Madinah sesudah peristiwa Hijrah dimana sudah banyak orang yang memeluk agama Islam dan saling berbeza ungkapan Bahasa Arab dan dialeknya .Masing-masing pendapat mempunyai dasar yang kuat ,namun dua pendapat itu dapat kita konklusikan ,bahawa Qiraat memang asalnya diturunkan di Mekah bersamaan dengan turunnya Al-Quran ,akan tetapi di Mekah, Qiraat masih belum begitu diperlukan kerana belum wujudnya perbezaan dialek ,hanya memakai satu lahjah peristiwa Quraisy .Qira'at mulai digunakan setelah Nabi Muhammad di Madinah ,dimana mulai banyak orang yang masuk Islam dari berbagai qabilah yang mempunyai dialek yang berbeza- beza . 

KEMASUKAN QIRAAT KE NEGARA-NEGARA ISLAM


Cara sahabat mengambil ilmu qiraat dari nabi s.a.w adalah melalui talaqqi dan musyafahah iaitu berhadapan terus dengan guru dengan memerhatikan bentuk mulut, lidah dan bibir guru semasa melafazkan ayat-ayat al-Quran.

 Terdapat sahabat yang menerima hanya satu bacaan atau dua bacaan atau tiga bacaan daripada Rasulullah s.a.w.. Namun, ada yang menerima lebih daripada itu. Kemudian, mereka mengajar bacaan yang diterima itu kepada murid-murid mereka.

     Oleh kerana itu, Khalifah Uthman r.a telah menyertakan seorang qari ketika mengirimkan mushaf ke daerah-daerah Islam yang baru. Qiraatnya adalah bersesuaian dengan mushaf yang dikirimkan itu. Utusan yang dikirim itu terdiri daripada sahabt-sahabat yang mahir tentang cara Rasulullah membaca al-Quran.

   Berikut merupakan senarai sahabat yang dihantar oleh Khalifah Uthman ke kota-kota yang telah ditentukan:

  1. Abdullah bin Musayyib                                        -  Makkah al-Mukarramah
  2. Mughirah bin Abi Syihab                                     -  Sham
  3. Amru bin Qais                                                      -  Basrah
  4. Abdurrahman bin Abdullah bin habib As-Sulmi  -  Kufah
  5. Zaid bin Thabit                                                      -  Madinah al-Munawwarah

    Oleh yang demikian, wajarlah timbul perbezaan qiraat pada generasi tabiin dan generasi seterusnya. Hasil didikan daripada generasi tabiin, maka ramailah orang yang berminat dan mengambil berat tentang ilmu qiraat. Mereka bersungguh-sungguh menumpukan perhatian terhadap ilmu qiraat sehingga lahir pakar-pakar qiraat dari generasi ini di beberapa kota besar..

PENGHAFAZ ALQURAN YANG MASHUR DI KALANGAN SAHABAT DAN TABI'IN

 Para penghafaz AlQuran dikalangan sahabat adalah begitu ramai berpandukan kepada sirah Rasulullah SAW dan di dalam hadis-hadis yang sahih ,walau bagaimanapun ada dikalangan mereka yang menghafaz sebahagian daripada  kitab suci AlQuran sahaja .

     Diriwayatkan di dalam hadis yang sahih bahawa Syuhada' yang mati di dalam peperangan "Ber'ru Mau'nah (بئر المؤنه) adalah 70 orang kesemuanya Ahli Qurra'

     Imam Qurtuby berkata "sesungguhnya para Syuhada' di dalam peperangan "Al-Yamamah" adalah 70 orang di kalangan Ahli Qurra' begitu juga Syuhada' di dalam peperangan "Be'ri Maunah" dizaman Rasulullah SAW Oleh yang demikian telah ternyata kepada kita bahawa Qurra' yang hidup di zaman Rasulullah SAW dan seterusnya adalah majoriti yang besar .

QURRA' DI KALANGAN PARA SAHABAT

Qurra' dikalangan Para Sahabat

1. Imam Abu Bakar As-Siddiq

Imam Ad-Daani berkata ,Abu Bakar adalah seorang periwayat hadis tentang huruf (Qiraat) AlQuran .

Ibnu AL-Jazari berkata ,di dalam kitab "GHAAYATUL AN-NIHAYAT " Abu Bakar adalah seorang  yang pertama mengumpul AlQuran menjadi Mushaf .Beliau telah menunjukkan cara-cara pengumpulannya .Perkara ini adalah masyhur di kalangan Ulama'

2-Amir Al Mukminin Umar Ibn Al Khattab r.a

Beliau juga adalah periwayat hadis tentang huruf (Qiraat) Al-Quran .
"Al-A'LIYAH AR-RIYAH" berkata di dalam sanad yang sahih :

"Aku membaca Al-Quran daripada Umar ,sebanyak empat kali dan aku juga makan daging bersamanya "

Perkara ini diriwayatkan oleh jamaah yang "Thiqah" (dipercayai) daripada Hisyam Bin Hassan daripada Hafsah Bin Sirin .

3-Amir AL-Mukminin Uthman Bin Affan r.a

Beliau merupakan salah seorang pengumpul Al-Quran di zaman Rasulullah SAW .Beliau telah mengajar Al-Quran kepada :-


  1. Al Mughirah Bin Abi Syihab Al-Makhzumi r.a
  2. Abu Abdul Rahman As-Sulami r.a
  3. Zur Bin Hubaisy r.a
  4. Abu Aswad Ad-Duali r.a

4-Amir Al-Mukminin Ali Bin Abi Talib k.w.j

Ibnu Qayyim Al-Jauzi telah berkata di dalam kitab beliau iatu "AL-MIFTAH DARUL AS-SAAIDAH" , "  kami meriwayatkan daripada Abi Abdul Rahman As-Sulami r.a katanya ,aku tidak pernah melihat orang yang begitu alim tentang bacaan Al-Quran selain daripada Sayyidina Ali k.a.w yang mana beliau telah meriwayatkan dari Rasulullah SAW .Tidak syak disisi kami bahawa beliau juga menghafaz Al-Quran keseluruhannya "

Abd Rahman berkata lagi "amat jauhlah pendapat As-Sya'bi yang mengatakan bahawa Sayyidina Ali tidak menghafaz kesemua Al Quran " .

Diantara orang yang mengambil AlQuran daripada Sayyidina Ali ialah -

  1. Abu Abd Rahman As-Sulami r.a
  2. Abu Aswad Ad-Duali ra
  3. Ibni Abi Laila r.a
5-Ubai Bin Kaab R.A
6-Zaid Bin Thabit R.A
7-Abdullah Bin Mas'ud R.A
8-Abu Darda' R.A
9-Abu Musa Al-Asyaari R.A

   Kesemua sahabat-sahabat yang sembilan tersebut adalah mengambil Al-Quran daripada Rasulullah SAW sendiri .

   

QURRA' DI KALANGAN TABI'IN

Nama-nama ahli Qurra' dikalangan Tabi'en yang berada di Wilayah Arab di lima negeri Arab iatu -

  1. Madinah
  2. Mekah
  3. Kufah
  4. Basrah
  5. Syam
     Berikut adalah Imam-Imam di negeri tersebut mengikut susunan :-

     1.Madinah        

 -Antara Qurra'-Qurra' yang berada di Madinah ialah :-

1)Said Bin Musayyab
2)Urwah Bin Zubair
3)Salim Bin Utbah
4)Umar Bin Abd Aziz
5)Sulaiman Bin Yassar
6)Ataa' Bin Yasar
7)Muaz Bin Harith
8)Abd Rahman Bin Humuz
9)Muhammad Bin Muslim Az-Zuhairy
10)Muslim Bin Jundab
11)Zaid Bin Aslam

     2.Mekkah

-Antaranya ialah :-
  1. U'baid Bin Umair
  2. A'tho'
  3. Thowus Bin Kasan
  4. Mujahid Bin Jabir
  5. A'kramah
     3.Kufiah 
-Antaranya ialah :-
  1. Alqamah Bin Qais
  2. Al-Aswad Bin Yazid
  3. U'baidah Bin A'mru
  4. A'mru Bin Sharhubail 
  5. Al Harith Bin Qais
  6. Rabi' Bin Khaitham
  7. A'mru Bin Maimun
  8. Abu Abd Rahman As-Salami
     4-Basrah 
-Antaranya ialah:-
  1. Rafi' Bin Mirhan Abu Al-A'liyah
  2. Abu Raja' Al Athoridi
  3. Nasru Bin A'sim
  4. Yahya Bin Ya'mar
  5. Hassan Al Basri
  6. Muhammad Bin Sirim
  7. Qatadah Bin Dua'mah
     5-Syam 
-Antaranya ialah :-
  1. Mughirah Bin Abi Shihab Al Makhzuri
  2. Khalifah Bin Saad

PENGENALAN SEPULUH IMAM QIRAAT DAN PERAWINYA

Antara sepuluh imam qiraat dan perawinya adalah:

  1. Nafi' Al Madani

  •  Beliau adalah Abu Ruwaim Nafi' bin Abd Rahman bin Abi Na'im.
  •  Berasal dari Ashfahan 
  •  Wafat di Madinah tahun 199 hijrah.
 Dua orang yang meriwayatkan Qiraatnya adalah:

1. Qolun - Beliau adalah 'Isa bin Mina bin Wardan bin 'Isa bin Abd Somad.
                - Mula bertalaqqi dengan Imam Nafi' pada umur 30 tahun selama 20 tahun.
                - Digelar "Qolun" oleh imam Nafi' kerana bacaannya yang hebat.
                - Qolun dari bahasa Rom bermaksud baik.

2. Warsy - Beliau adalah Uthman bin Said bin Abdullah
                - Berguru dengan Imam Nafi' di Madinah pada umur 45 tahun.
                - Digelar "Warsy" oleh kerana kulitnya yang putih.
                - Warsy bermaksud yang tercipta dari susu.

 
     2. Abu Jaafar

  • Beliau adalah Yazid bin Al-Qa'qa'
  • Meninggal pada tahun 130H
  • Beliau berasal dari madinah      
Dua orang yang meriwayatkan Qiraatnya adalah;

1. Ibnu Wardan - Beliau adalah Isa bin Wardan
                            - Berasal dari madinah
                            - Beliau meninggal pada tahun 160H

2. Ibnu Jammaz - Beliau adalah Sulaiman bin Muhammad
                             - Berasal dari madinah
                             - Meninggal pada tahun 170H

     3. Ibnu Kathir

  • Nama asal beliau ialah Abdullah bin Kathir
  • Berasal dari Makah
  • Lahir pada tahun 45H dan meninggal pada tahun 120H    
Dua orang murid yang meriwayatkan Qiraatnya adalah;

    1.Al-Bazzi - Beliau adalah Ahmad bin Muhammad
                       - Beliau berasal dari Makkah(keturunan parsi)
                       - Beliau dilahirkan pada tahun 170H dan meninggal pada tahun 250H

    2.Qunbul  - Beliau adalah Muhammad bin Abdul Rahman
                      - Beliau beasal dari Makkah
                      - Beliau dilahirkan pada 195H dan meninggal pada tahun 291H

     4. Abu Amru

  • Nama asal beliau ialah Zabban bin al-Ala'     
  • Lahir di Makkah,membesar di Basrah dan meninggal di Kuffah
  • Lahir pada tahun 68H dan meninggal pada tahun 154H
    Dua orang yang meriwayatkan Qiraatnya adalah:
  
   1. Ad-Duri - Beliau adalah  Hafs bin Umar
                      - Beliau berasal dari Baghdad
                      - Lahir pada tahun 150H dan meninggal pada tahun 246H

   2. As-Susi - Beliau adalah Soleh bin Ziyad
                    - Beliau berasal dari Iraq
                    - Lahir pada tahun 170H dan meninggal pada tahun 261H

      5. Ya'qub

  • Nama asal beliau adalah Ya'qub bin Ishaq
  • Beliau berasal dari Basrah
  • Lahir pada tahun 117H dan  meninggal pada tahun 205H
       Dua orang yang meriwayatkan Qiraatnya adalah:

    1. Ruwais - Beliau adalah Muhammad bin al-Mutawakkil
                     - Beliau berasal dari Basrah
                     - Meninggal pada tahun 283H
  
    2. Rauh - Beliau adalah Rauh bin Abdul Mu'min
                  - Beliau berasal dari Basrah
                  - Meninggal pada tahun 234\235H

      6. Ibnu Amir

  • Nama beliau adalah  Abdullah bin Amir
  • Berasal dari Damsyik
  • Lahir pada tahun 7H/8H/21H dan meninggal pada tahun 118H
Dua orang yang meriwayatkan Qiraatnya adalah:

    1. Hisyam - Beliau adalah Hisyam bin Ammar
                      - Beliau berasal dari Damsyik
                      - Beliau dilahirkan pada tahun 153H dan meningggal pada tahun 245H

   2. Ibnu Zakwan - Beliau adalah Abdullah bin Ahmad
                               - Beliau berasal dari Damsyik
                               - Beliau dilahirkan pada tahun 173H dan meninggal pada tahun 242H

     7. Asim

  • Beliau adalah Asim bin Bahdalah/Abi Najud
  • Beliau berasal dari Kufah
  • Beliau meninggal pada 127H
Dua orang yang meriwayatkan Qiraatnya adalah:

   1. Syu'bah - Beliau adalah Syu'bah bin 'Ayyash
                     - Berasal dari Kufah
                     - Dilahirkan pada 94H/95H dan meninggal pada 193H

   2. Hafs - Beliau adalah Hafs bin Sulaiman
                - Berasal  dari Kufah
                - Dilahirkan pada 90H dan meninggal pada 180H
  
     8Hamzah

  • Beliau adalah Hamzah bin Habib
  • Beliau berasal dari Kufah
  • Beliau lahir pada tahun 80H dan meninggal pada tahun 156H
Dua orang yang meriwayatkan Qiraatnya adalah:

    1. Kholaf - Beliau adalah kholaf bin Hisyam
                    - Beliau berasal dari Baghdad
                    - Beliau lahir pada tahun 150H dan meninggal pada tahun 229H

    2. Kholad - Beliau adalah Kholad bin Khalid
                     - Beliau berasal dari Baghdad
                     - Beliau lahir pada tahun 119H/130H dan meninggal pada tahun 220H

      9. al-Kisaie

  • Beliau adalah Ali bin Hamzah
  • Beliau berasal dari Parsi
  • Beliau lahir pada tahun 119H dan meninggal pada tahun 189H
Dua orang yang meriwayatkan Qiraatnya adalah:

    1. Abu al-Harith - Beliau adalah aL-Laith Bin Khalid

                                 - Beliau berasal dari Baghdad
                                 -Beliau meninggal pada tahun 240H

    2. ad-Duri - Beliau adalah Hafsah Bin Umar

                      - Beliau berasal dari Baghdad
                      - Beliau lahir pada tahun 150H dan meninggal pada tahun 246H

      10. Kholaf  `Asyraf

  • Beliau adalah Kholaf Bin Hisyam 
  • Beliau berasal dari Baghdad
  • Beliau lahir pada tahun 150H dan meninggal pada tahun 229H
   1. Ishak - Beliau adalah Ishak Bin Ibrahim

                 - Beliau berasal dari Baghdad
                 - Beliau meninggal pada tahun 286H

   2. Idris  - Beliau adalah Idris Bin Abdul Karim

                 - Beliau berasal dari Baghdad
                 - Beliau lahir pada tahun 189H dan meninggal pada tahun 292H